Ringkasan Eksekutif

Sejarah BAKTI SUCI HOLDINGS SDN BHD dan anak-anak syarikatnya bermula dengan penubuhan Bakti Suci Sdn Bhd yang didaftarkan pada 27 November 1982 dan secara rasminya memulakan operasi pada 2 Januari 1985. Pada 29 Jun 1990, Bakti Suci Sdn Bhd telah menukar namanya secara rasmi sebagai Bakti Suci Properties Sdn Bhd. Pada 23 Nov 1990 empat lagi syarikat ditubuhkan untuk bergabung dan membentuk Kumpulan Bakti Suci dan bergerak aktif melalui dua (2) anak syarikatnya iaitu Bakti Suci Properties Sdn. Bhd. dan Bakti Suci Trading Sdn. Bhd. Pada 8 Mac 2007, pertukaran nama berlaku daripada Kumpulan Bakti Suci kepada Kumpulan MAIS Corporation Sdn Bhd dan pada 30 Jun 2016 menjalani penjenamaan semula sebagai Kumpulan BAKTI SUCI HOLDINGS SDN BHD.

 

Penubuhan BAKTI SUCI adalah selaras dengan Seksyen “Kuasa untuk menubuhkan syarikat”. Majlis berkewajipan untuk memajukan ekonomi dan kesejahteraan sosial masyarakat Islam berdasarkan kepada subseksyen 7 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan “maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menggalak, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di negeri Selangor selaras dengan Hukum Syarak”.

 

MAIS melalui BAKTI SUCI berperanan sebagai satu “platform” dalam menjalankan fungsi-fungsi utama MAIS terutamanya dalam hal ehwal menggalak dan merancakkan ekonomi syarikat khususnya dan MAIS amnya.

 

Seiring dengan program mentransformasikan agenda MAIS, BAKTI SUCI dilihat sebagai badan yang mampu melonjakkan nama dan imej MAIS sebagai sebuah Institusi Agama yang diiktiraf sebagai pemangkin ekonomi dan sosial umat Islam di Negeri Selangor.

BAKTI SUCI adalah penaung kepada tiga (3) buah syarikat di bawahnya yang menceburi pelbagai bidang perniagaan seperti berikut:

Bakti Suci Properties Sdn Bhd
Bakti Suci Integrated Sdn Bhd
Bakti Suci Solutions Sdn Bhd